Wednesday, March 14, 2012

Erti Cinta

# hasil nukilan saya sepanjang saya tak tidur semalam cuma fikirkan awak.. saya.. orang yang sentiasa awak pandang salah.. yang awak tak pernah terima saya seadanya.. yang sentiasa awak ungkit masa silam... hanya mampu tersenyum tawar bila sebuah pengorbanan dianggap sia-sia... bodohkah saya merindui awak? Bila dah pukul 4 pagi... saya tersedar dari sebuah khayalan... saya cuma hantar sepatah perkataan yang dibalas dengan kemarahan.... saya silap lagi kali ni...


-Senyumlah-
Merindui awak saya bahagia
Saya akan selalu ada saat awak buka mata
Saya mohon biarpun Hanya setitik
Cubalah Memahami Saya Seorang
Tiada lain
Saya hanya Ingin Memeluk Awak dengan CINTA
awak, ini untuk awak
bacalah :)



Boleh saya tinggalkan PESANAN untuk awak?
Saya nak PESAN KEBAHAGIAAN
Disetiap Hari-hari awak
Semoga Diri awak beharga didepan satu CINTA
Dengan mengabadi hanya pada 1 NAMA
Satu nama yang mungkin akan membawa awak kepada
BAHAGIA
Hari ini,esok dan selamanya~


Merenung Malam
Mereka kata kita Jauh
Bagi saya tak.
Awak bersama saya
Dalam Ruang waktu yang berbeza
Tapi
Matahari yang menyinari saya
Akan menyinari awak jugak
Malam yang Membungkus Diri saya...
nanti akan membungkus diri awak jugak


Awak
Saya mungkin kenal awak tak lama
Tapi
Hakikatnya awak punya tempat yang istimewa
Sangat istimewa dalam HATI saya
Dalam Hidup saya yang penuh pancaroba
Awaklah Seorang Kawan
Awaklah Seorang teman berkongsi Rasa
Tempat saya KETAWA dan Menitiskan AIR MATA


Impian saya sederhana
Sangat-sangat sederhana
saat saya buka dan pejamkan mata
Semoga ada sekucup rindu
Dipenghujung Doa awak
Juga Cintai,Sayangi dan beri PERHATIAN pada
saya semampu awak
Saya Tak minta yang berlebihan
atau sesuatu yang tak sanggup awak lakukan
kerana CINTA seharusnya membuat
DUA JIWA saling membahagia
Dengan apa adanya...





No comments:

Post a Comment